Dilema Keinginan Seksual Anak Berkeperluan Khas

 Tajuk ini mungkin agak sensitif namun amat penting untuk diperbincangkan terutama bagi ibu bapa yg memiliki anak remaja berkeperluan khas. Sebagai guru pendidikan khas, antara masalah atau cabaran yg kami alami dlm mendidik anak2 remaja berkeperluan khas adalah untuk mengendalikan tingkah laku murid yg berhubungan dengan naluri seksual mereka. 

Menolak stigma atau persepsi sesetengah anggota masyarakat yg beranggapan anak berkeperluan tidak memiliki naluri seks seperti orang lain. Hakikatnya naluri mereka ini perlu diberi perhatian lebih & naluri mereka ini perlu dikawal melebihi remaja normal. Hal ini kerana, ada di antara mereka yang tidak dapat membezakan antara tingkah laku normal atau abnormal. Misalnya, melakukan onani di hadapan rakan atau di khalayak ramai. 


Remaja berkeperluan khas ini sebenarnya tidak memahami isyarat sosial seksual yang sering dilakukan seperti memegang alat kelamin, meraba, menyentuh anggota sulit orang lain secara tiba-tiba, beronani, membuka pakaian dan memandang seseorang dengan penuh keinginan itu adalah salah, justeru, mereka akan melakukan perkara-perkara berkenaan tanpa rasa bersalah.

Malah ada ketika merasakan perkara berkenaan sebagai satu ancaman jika ada yang menegur atau melarang mereka berbuat demikian.


Ada juga di antara mereka yg mengalami kekeliruan jantina dan tidak memahami keterbatasan pergaulan sesama jantina atau berlainan jantina. Apabila naluri itu sukar untuk disalurkan kepada berlainan jantina, maka mereka memilih untuk disalurkan kepada rakan yang sama jantina. 


Mengikut pengalaman saya sendiri sebagai guru pendidikan khas, naluri seksual ini bukan sahaja dimiliki oleh murid berkeperluan khas yg mampu belajar, malah bagi murid istimewa yg kurang upaya fizikal dan kurang upaya akal juga masih memiliki naluri dan keinginan seksual yg sama cuma sukar untuk diekspreskan melalui luahan perasaan atau tingkah laku. 


=================================

REMAJA AUTISTIK


Bagi golongan autisme pula, mereka merupakan antara golongan berkeperluan khas yang memiliki keinginan seksual yang normal, namun mudah berdepan dengan pandangan serong masyarakat. Memandangkan perwatakan dan penampilan mereka sama seperti individu tipikal, golongan ini sering mengundang salah faham masyarakat ketika berada di khalayak ramai apabila melakukan perkara yang tidak sepatutnya, semasa ‘mengendalikan’ keinginan seksual mereka. Mereka sukar mengendalikan perkembangan seksual mereka selain tidak difahami orang luar termasuk ibu bapa jika mereka tidak mengambil cakna keadaan anak mereka pada usia akil baligh. Masyarakat akan memandang serong jika mereka bertindak sesuatu yang boleh disifatkan sebagai gangguan seksual, walaupun golongan autisme itu sendiri tidak menyedari tindakan itu salah kerana hanya ingin mengendalikan perasaan itu. 


=================================

BAHAYA


Keinginan seksual yang dilalui remaja berkeperluan khas ini juga boleh mengundang bahaya kerana mereka turut terdedah dengan gangguan seksual. Ini boleh berlaku memandangkan mereka hanya mahu memuaskan perasaan dan keinginan tanpa mengetahui ada golongan yang akan mengambil kesempatan. Di sini, peranan ibu bapa dalam memberi pendidikan seks pada usia yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian dengan perkembangan anak berkeperluan khas adalah penting, kerana seksualiti bukan sekadar berkaitan dengan aktiviti seks semata, malah merupakan spektrum terhadap tindakan sosial, emosi dan fizikal golongan tersebut.


=================================

PERANAN IBU BAPA & PENDIDIKAN SEKSUAL ANAK ISTIMEWA


Sbg ibu bapa yg dikurniakan anak istimewa ini perlu sedar sampai suatu masa anak itu akan membesar, matang dan memiliki keinginan seks seperti mana tipikal remaja yg lain. Sudah tentu ibu bapa yg membesarkan anak2 istimewa ini mengalami pengalaman yg sama seperti yg disebutkan di atas berhubung dengan naluri dan keinginan seksual anak berkeperluan khas. Persoalannya bagaimana cara untuk mengendalikan & mengawal naluri seksual tersebut? 


PANDUANPENDIDIKAN SEKSUAL MENGIKUT UMUR YANG SESUAI

Isi kandungan pendidikan perlu diajar dalam beberapa sesi. Ibu bapa atau penjaga  mesti konsisten “mengajar” menggunakan setiap masa/peluang pengajaran yang ada. Sikap kita mesti bersesuaian dengan budaya kita, etnik, personaliti, didikan, nilai-nilai keluarga, agama dan pengalaman lalu kita. Berikut adalah panduan menggariskan apa yang perlu kita ajar  seperti di bawah :





Sumber gambar : Dr Salimah Bte Othman,  www.myhealth.gov.my







Post a Comment

0 Comments