5 Games Interaktif Terbaik untuk Kelas Ganti

Kebiasaannya, guru-guru yang tidak hadir ke sekolah atas urusan rasmi akan menyediakan bahan pengajaran atau bahan MMI yang akan digunakan oleh guru yang akan menggantikan kelas mereka. Tetapi, bagaimana pula jika guru yang tidak hadir kerana cuti sakit dan pastinya tidak sempat menyediakan bahan untuk guru ganti? Apakah bahan atau aktiviti yang cikgu laksanakan di kelas ganti bersama murid?


Di sini, saya kongsikan 5 permainan atau idea aktiviti menarik yang mudah untuk Cikgu laksanakan di dalam kelas ganti.

1. Permainan Wheels of Fortune


Permainan ini adalah permainan yang menguji pengetahuan kosa kata murid. Ia juga dapat membantu murid untuk mengenali huruf dan mengeja perkataan.

Walaupun permainan Wheels of Fortune yang sebenar hanya melibatkan 3 orang peserta, tetapi untuk Wheels of Fortune yang menggunakan template PowerPoint ini, dapat dimainkan dengan melibatkan ramai murid sama ada kefungsian rendah/sederhana/tinggi.

Cara bermain:
  • Guru menyunting template permainan dengan perkataan. Boleh rujuk pada video tutorial 👇
  • Murid2 dibahagikan kepada 3-4 kumpulan yang merangkumi pelbagai tahap.
  • Setiap kumpulan bekerjasama memilih huruf, meneka perkataan dan bergilir-gilir memutarkan wheels untuk memungut jumlah wang @ skor.

Muat turun template:

2. Wordshake 


Permainan ini dihasilkan oleh British council dan dimainkan secara dalam talian di website https://learnenglish.britishcouncil.org/vocabulary/vocabulary-games/wordshake

Permainan ini dapat meningkatkan kosa kata Bahasa Inggeris murid dan membantu murid untuk mengeja kosa kata Bahasa Inggeris dengan betul.

Cara bermain:
  •  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
  • Setiap ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk memikirkan sebanyak mungkin perkataan yang dapat dibentuk daripada huruf yang diberi dalam masa 3 minit.
  • Semakin panjang perkataan yang dibentuk, semakin banyak markah yang diperoleh.
  • Setiap kumpulan bermain mengikut giliran dan mata terkumpul dicatat. 

3. Magic Monkey

Permainan ini disediakan oleh Cambridge English Online Ltd . Permainan ini dapat melatih kemahiran mengira melibatkan penambahan dan penolakan. Ia dimainkan secara dalam talian di website https://learnenglishkids.britishcouncil.org/games/magic-monkey.

Mengapa dinamakan magic Monkey? Permainan ini melibatkan permainan menguji Minda yang hasilnya seolah-olah seperti magik.

Cara bermain:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Wakil dari kumpulan perlu memikirkan satu nombor.

3. Kemudian, wakil kumpulan mengikut langkah demi langkah yang diberikan oleh guru. 
4. Murid ditunjukkan pelbagai bentuk dan murid itu dikehendaki memikirkan bentuk tersebut berdasarkan hasil penambahan serta penolakan yang dibuat.

5. Hasil akhir, bentuk yang difikirkan pastinya sama seperti bentuk yg diteka oleh komputer dan ditunjukkan di paparan.  

4. Quick Draw with Google.

Permainan ini disediakan oleh Google Dan sangat menarik. Tak semestinya utk murid yang pandai melukis. Murid yang tidak suka @ tidak pandai melukis pun boleh bersama-sama bermain permainan ini. 
Permainan ini boleh didapati secara online di https://quickdraw.withgoogle.com/


Selain dapat melatih kemahiran motor halus murid, ia juga membantu menambah kosa kata Bahasa Inggeris murid melalui perkataan- perkataan yang diberikan. 

Cara bermain:
  • Murid diminta melukis objek dari perkataan yang diberikan dalam masa 20 saat untuk setiap objek dan Google/komputer akan meneka objek apakah yang dilukis.
  • Sekiranya tekaan komputer betul, permainan diteruskan dengan perkataan yang baharu. Satu pusingan mengandung 6 perkataan. 
  • Markah boleh dikira berdasarkan jumlah lukisan yang dilukis dan berjaya diteka oleh komputer.
  • Permainan ini boleh dimainkan secara berkumpulan yang mana, murid bekerjasama dalam kumpulan untuk melukis objek dari perkataan yang diberikan. 

5. Video lessons 

Video lessons adalah permainan berbentuk kuiz yang menggunakan video. Video lessons ini boleh dibina melalui website islcollective atau di pautan ini: https://en.islcollective.com/english-esl-video-lessons


Melalui penggunaan Video Lessons ini, ia akan membantu terutama untuk penggunaan flipped classroom yang mana murid dapat menonton video PdP sambil menjawab soalan. Guru juga dapat memastikan murid menonton video PdP dari mula hingga akhir.


Selain daripada membina sendiri soalan kuiz pelbagai jenis di video, Cikgu-cikgu juga boleh menggunakan sumber video lessons sedia ada yang dibina oleh guru lain mengikut topik yang tertentu. Video ini boleh embed ke website untuk memudahkan murid menggunakannya.

Tutorial Cara menghasilkan video lessons dan cara menggunakannya di dalam kelas: 

📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌📌

Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang kelima-lima permainan ini, cikgu-cikgu boleh merujuk pautan REVIEW DAN TUTORIAL PERMAINAN ini.



Selamat mencuba. Jangan lupa follow blog ini dan YouTube Channel Cikgu Ainul https://youtube.com/@CikguAinul untuk mendapatkan perkongsian terkini yang dapat membantu memantapkan pengajaran guru2. 

  

Post a Comment

0 Comments