Kejadian misteri semasa bercuti di Avillion, Port Dickson.

Hai... Assalamualaikum semua. 

Dah tentu semua terpanggil ke sini untuk membaca cerita tentang kejadian misteri yang terjadi. Tapi sebelum tu, saya share dulu cerita yang best sepanjang di sini. Percutian kami sekeluarga ke sini adalah selama 2 hari 1 malam je. Hotel Avillion di Port Dickson ni ada dua tau, iaitu Avillion dan Avillion Cove. Kedua-duanya berdekatan dengan laut. Cuma Avillion Cove adalah berbentuk apartment yang tinggi dan Avillion pula berbentuk chalet. Dari segi harga pun berbeza ye. Avillion lebih Mahal dari Avillion Cove.

Actually, percutian kami kali ni adalah untuk meraikan Hari Lahir suami saya yang ke-40. So, angan2 nak sambut lain sikit dari tahun2 yang lalu. Memandangkan anak2 pun dah besar, jadi saya booking 2 buah bilik iaitu water chalet. Chalet di sini ada 2 bahagian iaitu water chalet dan garden chalet. Dah semestinya water chalet lebih mahal berbanding garden chalet kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Jadi, bagi yang nak merasa angin laut tu, boleh lah memilih water chalet. 

Water chalet

Kedudukan Avillion ni tak jauh dari jalan besar. Masuk je persimpangan Avillion, terus nampak lobby hotel. Disediakan juga open parking space yang luas. Masuk je ke lobby, memang terasa tenang dgn alunan muzik melayu Tradisional. Kebetulan masa kami check in, orang tak ramai. Jadi, tak mengambil masa yang lama. Lagi pun saya dah booking 3 minggu lebih awal melalui trip.com. Saya suka booking melalui trip.com ni kerana kebiasaannya harga yang ditawarkan lebih murah berbanding website yang lain. Tak percaya, boleh survey sendiri. 😁


Jarak lobby ke bilik tak lah terlalu jauh, tak perlu pun naik buggy mcm kat Grand Lexis tu. Semuanya walking distance je. Cuma jlnnya je agak pening ckit masa awal2 nak ke bilik tu. Nak tahu mcm mana interior bilik water chalet ni, boleh la tonton video ni. 

Design dalaman chalet ni memang nampak agak lama. Disediakan juga satu katil double size yang lebih kecil dari katil utama. Saya kira, katil tu mungkin utk dijadikan ruang rehat utk menikmati pemandangan laut sebab betul2 bersebelahan tingkap. So, sebenarnya satu bilik pun dah cukup utk 5 orang dalam satu family. Yang bestnya, bilik air sangat luas. Ada shower yg tiada bumbung, so tengah mandi boleh terus nampak langit. Tapi risau2 jugak kalau tiba2 ada yang mengendap atau main drones area tu. Naya... Selain shower 🚿 ada gak disediakan tub mandi. Cuma design bilik air ini agak tidak mesra OKU kerana bertingkat. 


View dari balkoni bilik
Dari tingkap katil 

Bagi yg nak merasa angin laut atau nak menikmati pemandangan laut, boleh chill di balkoni yang disediakan. Nak memancing pun boleh. Antara kemudahan lain yang disediakan adalah kettle pemanas, iron, iron board, sejadah, towel, TV lengkap dgn astro dan WiFi. WiFi hanya boleh digunakan pada 3 devices di setiap bilik. Cuma sedikit yang kurang berpuas hati dengan keadaan bilik adalah, bilik yg berhabuk. Kipas dan bidai tingkat pun dipenuhi habuk. Bermasalah untuk kami yg menghidap sinus. Bantal pula macam dah terlalu lama, dah lembik dan tak empuk. Even tuala yang dibekalkan juga dah koyak.

Petang hari pertama menginap, kami jalan2 sekeliling Avillion. Cadang nak lepak2 di aVi Lounge. Tapi, rupa-rupanya nak masuk ke sini perlu berbayar dan harganya sememangnya mahal. Afternoon tea RM98 utk dua org. 

Jadi, kami round2 sekitar Avillion. Banyak juga sudut2 menarik untuk bergambar. Ada juga disediakan look out point untuk bersantai sambil menikmati pemandangan laut. 

Tempayan yang diletakkan di laluan menonjolkan lagi tema Tradisional Melayu hotel ni.

          Lookout point


Malam tu sepatutnya kami menikmati candle light dinner di tepi pantai. Malangnya, rancangan terpaksa diubah kerana hujan lebat. Jadi, kami memilih untuk ke Restoran Pantai Ria berdekatan PD Waterfront yang menyediakan hidangan Chinese Muslim Food. Memang berbaloi makan mlm di sini. Makanan sedap, berkualiti dan berpatutan dgn harga.

Ada satu kejadian misteri terjadi sebaik saja kami balik ke chalet. Finally, sampai juga ke cerita yang ditunggu-tunggu. Yang menjadi misteri, plastik biskut anak saya yang belum dibuka dan ditinggalkan di dalam bilik tiba2 dah ditebuk. Separuh daripada biskut dah dimakan. 

Tak nampak pulak seperti tikus yang tebuk sebab tak nampak mcm gigitan tikus. Anak2 bertiga tu dah ketakutan. Mcm2 la spekulasi yang keluar. So, saya hubungi receptionist dan mohon menghantar pekerja untuk check apa sebenarnya yg terjadi. Bila ditanya, pernah tak kejadian mcm ni berlaku, katanya tak pernah. Lagi la meremang bulu roma. Kemudiannya, kami diminta untuk tukar dan upgrade ke bilik premium. Beza premium ni cuma view, dalam bilik semua sama. Alhamdulillah, mlm tu semuanya dapat tidur dengan nyenyak. 

Pakej penginapan kami dah disertakan dengan breakfast untuk 4 orang. Tapi disebabkan kami berlima, maka terpaksa buat bayaran tambahan untuk breakfast. Bayaran breakfast untuk dewasa adalah RM45 dan dalam family saya ni memang dah tak ada kanak-kanak. Pilihan makanan untuk breakfast tak terlalu banyak. Rasa pun biasa2 je. Jadi agak tak berbaloi untuk bayaran RM45 sebenarnya. Pada pendapat saya, lebih baik cari breakfast yang lebih menarik di luar. 



Antara yang menarik di Avillion ni adalah Aviary iaitu tempat ternakan haiwan. Dlm Aviary ni ada arnab, kura-kura, ayam dan burung merak. Pukul 10.30 pagi adalah waktu untuk pengunjung memberi makan dan memegang  haiwan. Harga makanan RM5 sebungkus yang terdiri daripada sayuran seperti kacang panjang, kobis & lobak. Lama juga kami bermain-main dengan haiwan-haiwan yang ada kat cni.





Selain daripada aktiviti di Aviary, pengunjung pun boleh berenang di kolam. Terdapat 3 kolam renang disediakan. 




Satu untuk kanak-kanak, satu lagi village pool utk dewasa dengan disediakan guard penyelamat, dan satu lagi kolam renang dewasa tanpa guard iaitu Cochin pool. Gym dan Sauna juga disediakan untuk pengunjung secara percuma. Jika berminat untuk ke Avi Spa. Bagi aktiviti Pantai, pengunjung boleh turun terus ke private beach, Riau Beach. Bermacam-macam aktiviti pantai disediakan. Cuma perlu keluarkan duit je 😁.


Bagi yg X suka outdoor activities, boleh la mencuba indoor activities seperti permainan arcade. Cuma permainan ni agak menyedihkan sebab tak diselenggara dengan baik menyebabkan banyak yg rosak. Melayang RM 4 kami untuk token.


Keseluruhannya, berbaloi sebenarnya untuk menginap di sini. Cuma tak perlu ambil dua bilik untuk family yang kecil dan untuk short vacation . Malah garden chalet pun dah cukup cantik. Masih boleh  menikmati pemandangan laut di lookout point yang disediakan.

Eh, lupa nak cerita pengakhiran misteri plastik chipsmore yang koyak. Setelah meneliti keadaan sekeliling, boleh disimpulkan kemungkinan besar adalah kerja burung merak atau burung merpati yang masuk ke bilik melalui open roof bilik pada mlm tu.... Sekian...

Post a Comment

0 Comments