Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan buku @ bahan bacaan audio visual ni. Sebenarnya Buku Audio Visual ini boleh didapatkan secara PERCUMA melalui pelbagai saluran YouTube seperti Unik Edu Solution, TA-DAA!, Geethanjali dan sebagainya.
Namun begitu, bagi memudahkan rujukan guru, ibu bapa dan anak2, saya telah kumpulkan pautan koleksi Buku Audio Visual ini di dalam Portal WEBOOK Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa.
Buku Audio Visual ini saya bahagikan kepada dua bahagian iaitu versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Apa sebenarnya Buku Audio Visual ni?
Buku Audio Visual ini sebenarnya video yang dilengkapi dengan grafik menarik serta penulisan cerita yang turut disertakan dengan audio bacaan cerita.
Kelebihan Buku Audio Visual
Antara kelebihan Buku Audio Visual ni adalah:
- Dapat mempelajari sebutan kosa kata yang betul melalui audio.
- Dapat menambah lebih banyak kosa kata baru.
- Audio yang disertakan dapat membantu murid atau anak kurang upaya penglihatan untuk menambah bahan bacaan NILAM tanpa perlu membaca menggunakan Braille.
- Grafik menarik dapat menarik minat murid untuk menonton dan membuat catatan NILAM.
- Membantu murid kefungsian rendah (disleksia) yang tidak dapat membaca untuk membuat aktiviti NILAM (laporan verbal) bagi Buku Audio Visual dengan menceritakan semula kandungan video.
0 Comments