Tips Berbelanja Mudah & Jimat Di luar Negara Menggunakan Kad Visa Wise

Cuti sekolah kembali lagi. Dah tentu ramai yang merancang percutian ke luar negara, betul tak? Antara yg paling merisaukan travellers yg nak ke luar Negara adalah perbelanjaan semasa di luar negara. Lebih2 lagi yang jarang2 atau kali pertama nak melancong ke luar negara. 

Antara persoalan2 yang sering ditanya: 

1. Boleh X nak keluarkan Wang dari ATM luar negara menggunakan kad ATM Bank Malaysia? Jawapannya, boleh tapi bank tempatan kita juga akan mengenakan caj yg tinggi. 

2. Adakah perlu bawa sejumlah cash yang telah ditukarkan Mata Wang  dengan jumlah yang banyak? Jawapannya, boleh tapi adalah tidak selamat untuk membawa cash yg banyak.

3. Jika nak buat pertukaran Mata Wang di Negara luar, adakah caj yg tinggi dikenakan? Jawapan, kebiasaannya agak rugi menukarkan Mata Wang di Negara luar. Apapun, bergantung kpd nilai Mata Wang Negara Kita dan negara yg hendak dikunjungi. Tetapi, anda perlu membawa cash Ringgit Malaysia yg  banyak untuk ditukarkan.

Sebenarnya banyak lagi persoalan2 berkaitan perbelanjaan di luar negara yg sering ditanya terutama bagi travellers beginners seperti saya. 

Apapun, segala-galanya terjawab dan menjadi lebih mudah dengan adanya WISE CARD.

APA ITU WISE DAN APA KELEBIHANNYA???

Wise ni bukan bank tetapi ia adalah aplikasi yg memberikan perkhidmatan atas talian bagi memudahkan penghantaran mata Wang ke luar negara dengan mudah, murah dan cepat jika nak dibandingkan dengan bank transfer yang kadang kala caj yg tinggi dikenakan.

Selain daripada urusan penghantaran wang, Wise juga membolehkan anda menerima bayaran dengan matawang asing, tukar atau simpan pelbagai mata wang asing selain Ringgit Malaysia dan paling menarik adalah ia juga membolehkan kita berbelanja di luar negara tanpa caj tersembunyi.

Sebagai contoh, bank tempatan hanya boleh menerima wang dalam Ringgit Malaysia sahaja. Tetapi berbeza dengan Wise, anda boleh menerima dan simpan pelbagai mata wang asing seperti USD, Lira, Euro, Baht dan sehingga 53 currencies. Jadi kalau currency tersebut tengah murah, anda boleh beli dan simpan dulu dalam aplikasi Wise. Tak perlu pergi ke money changer nak tukar duit.

APAKAH KELEBIHAN APLIKASI WISE INI?

Kini penggunaan  Wise digalakkan sebagai alternatif kepada bank tempatan dan juga BigPay apabila melancong ke luar negara. Antara kelebihan yang ditawarkan adalah :

  • Anda boleh beli matawang asing terus menggunakan aplikasi Wise
  • Wise membolehkan anda menyimpan mata wang asing
  • Wise menawarkan caj paling minima bagi nilai tukaran wang asing berbanding bank tempatan
  • Wise juga ada kad Visa yang berfungsi seperti kad debit bank
  • Anda boleh withdraw duit di mesin ATM menggunakan kad Wise
Jika anda pergi ke Turki sebagai contoh, anda boleh terus beli duit Lira di Malaysia lagi dan simpan di dalam Wise. Kemudian boleh bawa keluar di mesin ATM di sana atau boleh terus shopping menggunakan kad visa wise yg berfungsi seperti kad debit.

BAGAIMANA NAK WITHDRAW DUIT MENGGUNAKAN KAD WISE DARI MESIN ATM???

Sekiranya anda dah beli mata wang asing dan simpan dalam aplikasi Wise, nanti anda boleh keluarkan atau withdraw duit tersebut di negara tersebut. Pengeluaran adalah percuma bagi setiap 2 kali sebulan dengan kadar kurang RM1000. Jika lebih akan dikenakan RM5 bagi setiap transaksi.

Ini tidak termasuk caj pengeluaran yang dikenakan di mesin ATM luar negara tersebut tau. 

BAGAIMANA NAK DAFTAR ACCOUNT WISE NI???

Pendaftaran bagi menggunakan Wise adalah percuma iaitu dengan muat turun aplikasi Wise di Play Store atau App Store.
  1. Klik SINI untuk daftar. Kemudian masukkan emel dan buat password dan klik 'Claim your fee-free transfer' dan masukkan nombor telefon bagi tujuan verifikasi.
  2. Kemudian satu emel akan dihantar kepada anda untuk tujuan pengesahan. 
  3. Hanya klik pada 'Confirm your email'.
  4. Selesai!

Anda boleh buka semula aplikasi Wise dan Login seperti biasa menggunakan emel yang didaftarkan sebelum ini. Pertama kali akan dihantar security ke telefon anda. Hanya sekali sahaja perlu dibuat.

BAGAIMANA NAK TUKARKAN RINGGIT MALAYSIA KE MATA WANG LAIN MENGGUNAKAN WISE?

Bila dah ada Wang dalam Wise, barulah anda boleh tukarkan ke Mata Wang Negara yang ingin anda travel. Sebagai contoh untuk beli Lira Turkiye.

  1. Klik pada + > Currency Account > dan pilih Lira Turkiye
  2. Klik + dan masukkan nilai Lira yang anda mahukan. Akan dipaparkan berapa RM yang anda perlu bayar. Wise tidak kenakan caj dan ianya adalah Fixed Exchange Rate. 
  3. Bayar sehingga selesai.



Untuk perbandingan nilai Lira yang dibeli di Wise berbanding tukaran wang yang ada di Google dalam masa yang sama. Tak jauh beza pun. Kalau beli di bank, pasti caj tambahan dikenakan.


CARA MOHON KAD VISA WISE

Untuk memudahkan anda berbelanja ketika di luar negara, boleh dapatkan Kad Visa Wise. Anda boleh gunakan di mana-mana kedai yang anda logo Mastercard/Visa di seluruh dunia. Kad ini berharga RM13.70 dan boleh digunakan selama 5 tahun.

  1. Masuk aplikasi Wise dan klik tab 'Card'. Kemudian klik 'Order your card'
  2. Masukkan butiran peribadi dan alamat rumah. Kad tersebut akan dihantar terus ke rumah anda berpandukan alamat tersebut.
  3. Anda boleh pilih penghantaran secara percuma atau DHL Express dengan kadar segera berharga lebih RM40. Akan dipaparkan tarikh bila kad tersebut akan sampai kepada anda.
  4. Tetapkan nama pada kad, no. pin dan akhir sekali buat pembayaran sehingga selesai.
  5. Akhir sekali anda perlu buat pengesahan identiti dengan upload gambar MyKad atau menggunakan lesen memandu.
  6. Anda hanya perlu tunggu kad sampai ke rumah anda. Biasanya masa penghantaran mengambil masa 2 minggu hingga sebulan.
  7. Selesai

Kad Visa Wise berwarna hijau dihantar terus daripada Singapura dan boleh terus digunakan. Walaupun begitu, untuk kali pertama, anda mesti gunakan no. pin dan selepas itu, anda boleh gunakan secara contactless atau paywave.

Post a Comment

0 Comments