Tips untuk Memohon Menjadi Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE)

Tentang Program Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE).

Program MIEE adalah antara program anjuran Microsoft bagi mengiktiraf pendidik yang bersemangat, memberi inspirasi kepada pelajar dengan pemikiran kreatif, sentiasa belajar, berkembang dan bekerjasama untuk mengubah kehidupan pelajar dalam membina dunia pendidikan yang lebih baik. 

Apakah peranan pendidik sebagai Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE)?

Sebelum memohon, adalah lebih baik untuk kita mengetahui terlebih dahulu peranan MIEE ini. MIEE dipilih oleh wakil Microsoft serantau berdasarkan borang pencalonan diri, tahap inovasi dan penggunaan alatan Microsoft yang diterangkan dalam aktiviti pembelajaran serta tahap perincian bagaimana menjadi sebahagian daripada MIEE ini akan dapat memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar.


  • MIEE membudayakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, mengambil risiko, dan berusaha untuk menambahbaik pedagogi mereka dengan mengintegrasikan teknologi dalam membentuk keberhasilan murid.
  • Mereka memodelkan kegagalan sebagai peluang untuk mereka refleksi diri dan belajar membaiki diri.
  • Mereka dilihat sebagai pemimpin dalam sistem sekolah dengan memberikan bimbingan/mentoring kepada guru lain bagi menyokong perkembangan mereka.
  • Mereka bekerjasama dengan pengetua dan pemimpin sekolah dalam keseluruhan transformasi sekolah/sistem.
  • Mereka selesa berkongsi dengan melaksanakan pembentangan di hadapan pendidik/pemimpin lain mengenali perkembangan dan pembelajaran mereka.
  • Mereka melihat komuniti MIEE sebagai Komuniti Pembelajaran Profesional yang berharga yang membantu mereka terus meningkatkan amalan mereka sendiri dan menyumbang kembali kepada profesion keguruan.

Tips bagaimana untuk menjadi Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE)

Pencalonan sebagai MIEE dibuka antara Bulan Mei - Julai. Sentiasa rujuk kepada info terkini di website Microsoft Learn. Perlu diingat bahawa pencalonan sebagai MIEE ini perlu dibuat setiap tahun (renomination). Maksudnya, walaupun  dah menjadi MIEE pada tahun 2022, anda perlu menghantar pencalonan semula pada tahun 2023 dengan mengikuti prosedur pencalonan yang sama. 

Semasa tempoh pencalonan, anda boleh mencalonkan diri sendiri melalui beberapa langkah mudah ini. 

  1. Pastikan anda telah mendaftar di Microsoft Learn dan create profil anda. Pendaftaran perlu menggunakan account Microsoft yang telah berdaftar. Jika belum ada, anda perlu create satu akaun Microsoft di pautan ini. Ikuti kursus latihan yang disediakan di Microsoft Learn untuk belajar dan mengumpul sijil serta badges. 

  2. Pastikan anda telah berjaya lulus dua jam kursus di Microsoft Learn. Sebagai alternatif, anda boleh juga menghadiri sekurang-kurangnya 2 jam kursus pembangunan profesional oleh Trainer MIE dan menebus kod pencapaian yang disediakan dalam Microsoft Learn (atau dahulunya MEC).
  3. Pastikan anda telah berjaya memperoleh lencana Microsoft Educator dan Advanced Educator anda.


    Setiap pencapaian anda akan tertera di transkrip. Anda perlu memuat turun transkrip anda, meletakkannya di lokasi di mana anda mudah utk berkongsinya, kemudian anda perlu mencipta dan berkongsi URL ke transkrip anda sebagai sebahagian daripada proses pencalonan. Anda boleh mencari transkrip anda dengan pergi ke profil anda dalam Microsoft Learn.

  4. Sebagai persediaan untuk pencalonan sendiri, anda perlu mula mengumpul evidens dan menyelesaikan soalan ini: http://aka.ms/MIEEQuestionsFY23 untuk merancang pencalonan anda. MIEE seharusnya menggunakan sekurang-kurangnya dua alatan teras secara tetap (Teams, OneNote, Forms, Minecraft Education, Flip), dan perlu memahami serta menunjukkan kegunaan Microsoft dalam pengajaran dan pembelajaran. Evidens ini boleh dipersembahkan dalam bentuk Microsoft PowerPoint, Microsoft Sway, Video atau sebagainya. Anda hanya perlu berkongsi url untuk evidens ini.
Contoh evidens:



Setakat ini saja perkongsian kali ni. Jika ada persoalan, boleh diajukan di ruangan komen. GOOD LUCK!

Sumber maklumat dan bahan infografik: 
Cikgu Fadzli Ishak (Microsoft Innovative Educator Fellow)

Post a Comment

0 Comments