From Zero To Hero: Anugerah Pendidikan Digital Kategori Emas Sekolah Pendidikan Khas

Anugerah Pendidikan Digital Kategori Emas: Sekolah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Majlis Digital Utilisation Technology Award 2022



Secara jujurnya tak menyangka pendigitalan yang dilaksanakan dan dibangunkan di PPKI SMK Orkid Desa akan mampu membawa PPKI SMKOD hingga ke tahap ini. Teringat lagi, semasa sedang bercuti bersama family di Turki hujung tahun lepas, tiba2 terima WhatsApp dari En Hafiz, Penolong Pengarah SSTP JPWPKL yang meminta untuk hantarkan pencalonan bagi kategori Sekolah Pendidikan Khas dan Ikon Guru GPICT. Maka, balik je dari bercuti, bertungkus-lumus lah sediakan slaid pencalonan utk kedua-dua kategori kerana mengejar dateline yg sgt singkat. Apapun, cuba juga memenuhi setiap rubrik pemarkahan yang perlu ada.

Alhamdulillah, terkejut juga bila terima surat verifikasi akhir, bukan untuk satu anugerah tapi untuk kedua-dua pencalonan anugerah yang berjaya ke peringkat akhir. Bertungkus-lumus pulak la selepas tu untuk penambahbaikan. Slaid pun dah jadi ratusan. Rakan2 guru & ppm berminggu-minggu juga sibuk bergotong-royong membuat perancangan rapi untuk persediaan semasa verifikasi akhir. Alhamdulillah, berkat kerjasama semua warga PPKI SMKOD dgn sokongan pentadbir, kunjung bantu dari pegawai SSTP, KL serta sokongan guru2 yg terlibat, verifikasi berjalan lancar dan sekali lagi kejutan buat kami bila mana diumumkan sebagai pemenang utk Anugerah Pendidikan Digital kategori Sekolah Pendidikan Khas. 

Sesungguhnya hasil tak pernah mengkhianati usaha. Asal ditugal adalah benih. Pencapaian ini bukanlah dari hasil setahun. Semuanya hasil jerih perih selama hampir 5 tahun. Ketika saya mula-mula melangkah masuk ke PPKI SMK Orkid Desa pada akhir tahun 2018, masih tiada fasiliti ICT khusus untuk kegunaan murid PPKI kami. Dari tiada kini wujudnya Pusat Sumber Digital yang dilengkapi fasiliti ICT khusus untuk anak-anak istimewa kami. Semuanya hasil sumbangan perseorangan dan daripada grant RM10 000 yang dipohon kepada Yayasan Petronas. 

Gambar pada awal tahun 2019 ketika menerima sumbangan dua buah komputer dari syarikat Syahir Kubayb & Co.

Anak-anak murid yang excited nak menggunakan pc sumbangan. 

Proses Pembinaan Pusat Sumber Digital PPKI SMKOD


Baru menerima 5 buah build in pc dari sumbangan Yayasan Petronas.




Cikgu Ezani dan murid yang turut membantu untuk menghias Pusat Sumber Digital 


Pusat Sumber Digital yang telah siap dibina dan dilengkapi dengan 10 buah komputer.

Dengan pembinaan Pusat Sumber Digital ini, satu demi satu kemenjadian murid dan kejayaan tercapai terutama dlm ICT. Begitu juga dengan latihan pengintegrasian teknologi kpd guru2 PPKI dapat dilaksanakan. 

Pertandingan Kuala Lumpur IT Challenge yang disertai oleh murid buat pertama kalinya secara dalam talian di Pusat Sumber Digital PPKI dan berjaya merangkul 3 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa
Murid excited menggunakan alatan ICT di Pusat Sumber Digital PPKI SMK Orkid Desa 

Murid Kaviraj Segar ketika diumumkan sebagai pemenang Global IT Challenge For Youth With Disabilities peringkat Antarabangsa

Daripada tiada medium @ platform, kini sudah hampir 5 tahun juga wujudnya blog, FB page, YouTube Channel Khas PPKI SMK Orkid Desa yang menjadi wadah untuk penyebarluasan aktiviti serta program yang dilaksanakan. 3 tahun juga rak Buku Digital serta Portal WEBOOK telah dimanfaatkan oleh guru-guru & murid2 Pendidikan Khas di Malaysia. Tak termasuk inovasi-inovasi sistem pendigitalan seperti portal Digital Classroom, eNILAM serta gamifikasi-gamifikasi yang dibina untuk kemudahan guru dan murid. Setiap satu daripadanya dinilai semasa verifikasi akhir.

Kini PPKI SMK Orkid Desa telah memiliki sebuah Digital Maker Hub, hadiah daripada MDEC apabila diri ini dinobatkan sebagai Juara Cikgu Juara Digital Kategori Guru pada tahun 2022.












Ditambah lagi dengan pembinaan Smart Classroom sumbangan dari Yayasan DIDIK Negara. Jaringan kerjasama atau perkongsian pintar ini juga menjadi pengukur semasa verifikasi akhir.





Tahniah kepada semua guru, murid, ppm serta seluruh warga PPKI SMK Orkid Desa. 

Terima kasih kepada:

- BSTP, KPM atas penganjuran Majlis DUTA yg hilang gemilang ini sebagai menghargai usaha guru dan murid dalam pendigitalan sekolah.

- Barisan Juri yang terlibat dalam sesi penjurian akhir Anugerah Pendidikan Digital kategori Sekolah Pendidikan Khas.

- Ketua Pengarah Pelajaran JPWPKL, Pn Norhayati Ab Wahab atas sokongan dan dorongan.

- Barisan Pengetua SMKOD yang silih berganti bermula tahun 2018 iaitu En. Samad, En.Awang & En. Rossaidi atas sokongan dalam pembangunan ICT PPKI SMKOD.

- Mantan PK Pendidikan Khas, En Shukry Hussain dan PK Pendidikan Khas kini iaitu Pn Noorhayati Mustaffa yang sentiasa memberikan sokongan padu serta bersama-sama dlm pembangunan ICT PPKI SMKOD.

- SSTP, JPWPKL terutama En Hafiz & En Rushdi atas dorongan dan bimbingan.

- Sektor Pendidikan Khas, JPWPKL dan Unit Pendidikan Khas PPD Bangsar Pudu atas sokongan.

- MDEC, Yayasan Petronas, Yayasan DIDIK Negara dan semua yang terlibat dlm program perkongsian pintar bersama PPKI SMK Orkid Desa.

- Seluruh warga SMK Orkid Desa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menaik taraf PPKI SMK Orkid Desa.

Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. 

GALERI MAJLIS DIGITAL UTILISATION TECHNOLOGY AWARD (DUTA) : ANUGERAH PENDIDIKAN DIGITAL KATEGORI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS









 


Post a Comment

0 Comments