Cara daftar Copyright produk inovasi. Mudah je rupanya...

Alhamdulillah, akhirnya dapat gak daftar copyright untuk inovasi Speakamon. Tak da susah pun rupanya...Kalau tau lebih awal, dah lama daftar.

Sebelum ni saya ingat untuk mendaftar produk inovasi ni kita perlu angkut inovasi tu sekali ke MyIPO dan bentangkan pada pegawai kat sana. Rupa-rupanya tak perlu pun. Nasib baik kalau tak ramai, tak sampai setengah jam dah siap.

Mesti ramai gak yang fikir macam saya kan? So, kat cni saya nak kongsikan cara mudah untuk mendaftar hak cipta @ copyright produk inovasi di MyIPO. 

Untuk makluman semua, pendaftaran secara online ditutup buat masa sekarang bermula Mac 2022 tetapi mungkin akan dibuka semula pada masa akan datang.

CARA-CARA MENDAFTAR HAK CIPTA PRODUK

1. Layari website https://www.myipo.gov.my 


2. Klik pada menu 'COPYRIGHT'

3. Pilih menu Form & Fees

4. Muat turun borang CR1 dengan klik pada pautan.


5. Isi borang dengan merujuk kepada prosedur di pautan ini. 
Pastikan bahagian kategori kerja bagi produk inovasi ini ditanda dengan betul. 

6. Borang dalam bentuk pdf ini boleh diisi dengan menggunakan mana-mana pdf editor yang sesuai. Contohnya aplikasi XODO yang boleh dimuat turun DI SINI. Tandatangan digital juga diperlukan untuk borang ini. Sebagai panduan, boleh rujuk video tutorial ini: https://youtu.be/GMTOzNkzvn0

7. Cetak borang pendaftaran ini dan bawa ke mana-mana cawangan MyIPO Yang berdekatan. Pastikan bawa bersama thumbdrive yang mengandungi maklumat berkaitan inovasi anda. Contohnya slaid atau video penerangan tentang inovasi jika inovasi bukan digital. 

8. Buat pembayaran sebanyak RM200 di kaunter MyIPO yang mana RM100 adalah untuk wang pemprosesan dan RM100 lagi adalah untuk sijil. 

Untuk makluman, Sijil Hakcipta akan dikeluarkan dalam masa 6 bulan Setelah kandungan thumbdrive disemak dan Sijil ini akan diterima sama ada melalui pos atau perlu diambil sendiri di MyIPO (bergantung kepada pengisian borang bahagian sijil). 

RUJUK VIDEO TUTORIAL INI UNTUK PENERANGAN YANG LEBIH JELAS











Post a Comment

1 Comments

  1. salam cikgu, boleh saya nak minta cikgu jelaskan sikit mengenai proses daftar hak cipta ni

    ReplyDelete