Baru-baru ini, gempar di media sosial berkenaan produk Sambal Nyet, kepunyaan seorang influencer terkenal, Khairul Aming, yang disalin oleh pihak lain. Jelas, isu ini melibatkan hak milik, lebih dikenali sebagai hak cipta dalam arena perniagaan. Tidak dapat disangkal, hak cipta merupakan elemen penting bagi sesiapa yang ingin memulakan perniagaan. Sebelum itu, apakah makna sebenar hak cipta? Untuk memahami dengan lebih mendalam, teruskan membaca artikel ini.
Apakah itu hak cipta?
Hak cipta ialah sebahagian daripada harta intelek yang merujuk kepada pelbagai jenis ciptaan fikiran seperti muzik, penulisan, dan frasa, memberikan seseorang hak eksklusif tertentu terhadap karya yang diiktiraf di bawah undang-undang.
Ia merangkumi enam cabang termasuk hak cipta, paten, tanda dagangan, hak pelaku, hak pangkalan data, dan hak reka bentuk.
Sebaliknya, hak cipta adalah satu set hak istimewa yang mengawal penggunaan karya kreatif seperti idea dan maklumat, dengan hak-hak tersebut kebanyakannya terhad. Ia juga diatur dalam Akta Hak Cipta 1987.
Antara karya yang dilindungi di bawah Akta Hak Cipta Malaysia termasuk:
1. Karya sastera (novel, buku, dan artikel)
2. Karya muzik (lagu)
3. Karya seni (kerja grafik dan fotografi)
4. Filem (imej visual, kerja perfileman)
5. Rakaman bunyi (penetapan urutan bunyi yang dihasilkan)
6. Siaran (TV, media)
7. Karya terbitan (terjemahan, adaptasi)
Penting untuk diingat bahawa idea yang dicetuskan sendiri masih boleh diambil atau dilakukan oleh orang lain tanpa perlindungan hak cipta pada karya atau produk. Bahaya terbesar, jika orang lain menggunakan idea tersebut, secara undang-undang, tidak boleh diambil tindakan terhadapnya.
Jadi, untuk mengelakkan idea anda daripada dicuri, daftarkan hak milik karya korang dengan mengikuti prosedur yang disediakan dalam laman web MyIPO.
Setelah menyelesaikan semua proses, korang akan menikmati tiga hak eksklusif terhadap karya korang:
Hak undang-undang
Hak ini membenarkan pemilik karya untuk mengambil tindakan undang-undang, sama ada dengan tindakan sivil atau jenayah, jika terdapat pelanggaran hak cipta.
Hak ekonomi
Ia berkaitan dengan hak yang membawa pendapatan, seperti hak pengeluaran semula, hak pengedaran, dan sewa komersial. Ini juga termasuk hak untuk mendapatkan ganjaran kewangan daripada penggunaan kerja melalui tugasan, pelesenan, dan pelupusan wasiat.
Hak moral
Hak ini membolehkan pemilik karya dikenal pasti sebagai pengarang karya dan menghalang pengguna lain daripada mengubahsuai karya asal tanpa persetujuan sehingga dapat merosakkan kehormatan atau reputasi pengarang.
Penting untuk diingat bahawa proses pendaftaran hak cipta bukan sekadar langkah formal semata-mata. Ia juga merupakan perisai utama bagi para pencipta untuk melindungi hasil karya mereka daripada penyalahgunaan atau pengambilan tanpa izin. Oleh itu, dalam dunia yang semakin pesat berkembang ini, kesedaran mengenai hak cipta perlu dipupuk secara meluas.
Selain itu, memahami konsep hak cipta turut mencerminkan kebertanggungjawaban dalam masyarakat digital. Dengan kemudahan dalam berkongsi informasi melalui pelbagai platform, pengetahuan mengenai batasan dan perlindungan hak cipta menjadi semakin penting. Kesedaran ini juga merangkumi tanggungjawab bersama untuk menghormati dan mengiktiraf setiap karya sebagai pencapaian intelektual yang unik.
Melalui pemahaman dan amalan yang betul terhadap hak cipta, kita dapat mewujudkan ekosistem kreatif yang berkekalan, memberi ganjaran kepada pencipta, dan pada masa yang sama, memberikan inspirasi kepada generasi akan datang.
Jadi, jom lah ke MyIPO untuk daftarkan Hak Cipta. Sekarang MyIPO tengah buat kempen untuk galakkan kita mendaftarkan setiap hak cipta. Tak perlu tunggu 3-6 bulan dah. Daftar terus di kaunter, setengah jam je terus dapat sijil. Tapi untuk pendaftaran2 hakcipta yg dah didaftarkan dan sedang diproses, terpaksa la tunggu 3-6 bulan gak katanya. Hmmm...tak tahu la logik kat mana. Apapun, jom ambil kesempatan ni untuk daftar copyright karya, produk @ inovasi yg dah dicipta tu supaya semuanya dilindungi & tak ada la isu2 plagiat atau ciplak ni.
Nak tahu lebih lanjut cara2 daftar copyright, sila ke pautan ni:
Atau
Pendaftaran online pun dah dibuka semula tau. Cuma tak pasti pulak boleh tak siap sijil dalam masa 30 minit jika pendaftaran secara online. Yang terbaik, pergi terus ke kaunter MyIPO.
0 Comments