Kolaborasi atau kolaboratif?
Semasa di convention yg dihadiri baru2 ni, saya ditegur oleh seorang pegawai PPD dari Kuantan disebabkan salah penggunaan perkataan kolaborasi semasa berbual-bual beliau. Dari situ, barulah saya tahu rupa2nya perkataan kolaborasi yg digunakan selama ni utk menunjukkan kerjasama adalah salah dan sepatutnya digantikan dengan perkataan kolaboratif.
Menurut Kamus Dewan (2007), kola ialah sejenis tumbuhan atau pokok yang berasal dari Afrika Barat dan kacangnya digunakan sebagai perisa minuman. Kolaborasi pula ialah bersubahat dengan musuh atau orang jahat, subahat dalam perbuatan jenayah dan sebagainya. Perkataan kolaboratif memberikan makna yang sangat baik, iaitu kerjasama yang erat antara dua pihak, jabatan, negara ataupun lebih. Sebagai contoh hubungan kolaboratif antara dua negara atau dua jabatan untuk mencapai matlamat yang baik. Sementara perkataan kolabora tidak wujud sama sekali dalam Kamus Dewan edisi keempat.
Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan tersebut, maka amat jelas lagi bersuluh bagi kita bahawa kola merupakan kata nama yang tidak ada kaitan sama sekali dengan perkataan kolaboratif dan kolaborasi. Perkataan kola tersebut boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang tersendiri, iaitu sejenis tumbuhan.
Kata kolaboratif itu juga merupakan kata akar yang boleh berdiri sendiri dan merujuk tindakan, perbuatan positif yang menjurus kepada matlamat kebaikan antara dua pihak. Akan tetapi, dimaklumkan bahawa kolaborasi itu pula merujuk perbuatan atau hubungan negatif antara dua pihak. Oleh itu berhati-hatilah sewaktu menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dalam pertuturan, pengucapan awam dan penulisan kerana membawa konotasi yang berbeza-beza.
Bilakah perkataan kolaboratif dan kolaborasi digunakan? Perkataan kolaboratif boleh digunakan dalam ayat sewaktu menulis untuk menggambarkan jalinan kerjasama yang baik antara dua pihak. Contoh ayat: Hasil kolaboratif yang jitu antara pemimpin negara Indonesia dan Malaysia dalam bidang politik memudahkan urusan kemasukan tenaga kerja Indonesia ke sini.
Perkataan kolaborasi pula boleh digunakan dalam ayat seperti contoh yang berikut:
Kolaborasi antara parti komunis dengan Jepun mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu pada zaman pramerdeka.
Sumber:
Dewan Bahasa & Pustaka
0 Comments