Kejayaan Bukan Sekadar Angka

Kejayaan adalah salah satu konsep yang sukar difahami dan boleh ditafsirkan dalam pelbagai cara serta membawa makna yang berbeza kepada individu yang berbeza. Sedar atau tidak, kejayaan seseorang sering diukur dengan angka; jumlah wang, anugerah atau pengiktirafan yang diterima.



Walaupun angka seringkali digunakan sebagai ukuran kejayaan, tetapi yang menjadi persoalannya, adakah ia merupakan rujukan yang paling tepat dan bermakna? 

Contohnya, metrik kewangan seperti keuntungan, pendapatan yang diperoleh mungkin boleh menjadi ukuran kejayaan seseorang, tetapi sedarkah kita bahawa ia tidak menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan individu tersebut. 

Suka saya memetik kata-kata Richard Branson di LinkedIn.

"Too many people measure how successful they are by how much money they make or the people that they associate with. In my opinion, true success should be measured by how happy you are." (Sumber)


Sesungguhnya, aset, anugerah, kedudukan, populariti atau bilangan angka dalam akaun bank bukanlah satu-satunya metrik yang mentakrifkan keseluruhan kejayaan seseorang. 

Banyak lagi faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan, seperti kepuasan diri, 'meaningful relationship', dan 'sense of accomplishment'. Semua ini mungkin tidak mudah diukur, tetapi ia masih boleh menjadi satu kayu ukur sebuah kejayaan.


Kejayaan adalah pengalaman yang subjektif


Seseorang yang mempunyai hubungan yang erat dengan orang tersayang akan merasakan mereka telah berjaya mencapai kejayaan dalam perhubungan peribadi mereka. Ada juga yang berjaya dalam memperkembangkan taraf kehidupan mereka dan merasakan bahawa mereka telah menjadi versi yang terbaik bagi diri mereka.

Menurut Booker Washington, 
"Kejayaan tidak diukur berdasarkan kedudukan anda dalam hidup, tetapi berdasarkan halangan yang telah anda tempuhi," 

Kejayaan juga boleh dicapai dengan sumbangan yang memberi kesan positif kepada orang lain atau kepada dunia melalui kerja amal atau dalam bentuk sumbangan lain. Malah, melalui aktiviti yang membawa kepuasan diri dan kegembiraan seperti hobi, tugasan atau  'personal project' juga dapat menyuntik rasa bangga dan memberi nikmati kejayaan apabila ia dapat diselesaikan.  

Seseorang yang benar-benar berjaya akan berusaha untuk memperoleh bukan sekadar wang, harta dan anugerah, sebaliknya tumpuan mereka dalam mewujudkan hubungan,  pengalaman yang bermakna, serta 'personal growth' yang memberi kesan positif kepada diri dan persekitaran.


Ralph Waldo Emerson menerangkan tentang 'Successful living beautifully' adalah, “To laugh often and love much; to win the respect of intelligent persons and the affection of children; to earn the approbation of honest critics and endure the betrayal of false friends; to appreciate beauty.”

Kita boleh mencari makna kejayaan yang sebenar melalui kesedaran diri dan berusaha menjalani kehidupan yang akan memupuk nilai dalam diri kita. Menilai kejayaan melalui angka adalah suatu penilaian yang terhad dan tidak memberi kita gambaran lengkap tentang kehidupan kita. Sebaliknya, kejayaan harus diukur dengan impak sumbangan kita kepada orang lain, kenangan atau memori yang dicipta, dan perkembangan peribadi dalam kehidupan.

Kejayaan bukan hanya tentang berapa banyak yang kita ada atau apa yang telah kita capai — ia tentang cara kita menjalani kehidupan kita dan kesannya kepada orang di sekeliling kita.

Teruskan menjalani kehidupan dan nikmati setiap proses 'up and down' dalam mencapai kejayaan,  bukan hanya mengharapkan hasil yang sama. Kejayaan ialah mencipta sesuatu yang akan kekal dan diwarisi seperti memori atau detik-detik kebahagiaan bersama orang yang tersayang.


Ini adalah perjalanan, bukan destinasi. Menurut Jennifer James, “Kejayaan bukanlah destinasi yang pernah anda capai. Kejayaan adalah kualiti perjalanan anda”.

Kejayaan adalah suatu konsep yang subjektif dan berbeza mengikut pandangan individu dan situasi yang berbeza. Ukuran kejayaan berbentuk peribadi dan mungkin melibatkan gabungan faktor kuantitatif dan kualitatif.

"Kejayaan tidak diukur dengan apa yang dicapai oleh seorang lelaki, tetapi dengan cabaran yang dia hadapi dan keberaniannya untuk mengekalkan perjuangan menentang cabaran yang sukar," kata Charles Lindbergh.

Adalah penting untuk mempertimbangkan pelbagai faktor dalam menentukan kejayaan melalui kaedah yang bermakna dan relevan dengan keadaan serta matlamat kita yang unik. Adalah penting untuk menentukan kejayaan diri sendiri dan tidak membiarkan faktor luaran menentukan pencapaian atau nilai diri seseorang.

Ukuran sebenar kejayaan adalah berdasarkan 'Kedalaman'.


Kejayaan adalah konsep yang sentiasa berkembang. Definisi dan takrifan kejayaan juga sentiasa berubah mengikut situasi. Tetapi satu kebenaran yang tetap: Ukuran sebenar kejayaan adalah berdasarkan 'Kedalaman'. Kedalaman apa?

Kedalaman pengetahuan, kedalaman pengalaman, kedalaman pemahaman, kedalaman karakter diri. Kedalaman bermakna bukan sekadar pencapaian di peringkat permukaan; ia adalah keupayaan untuk memahami dan menghargai kesusahan yang dialami serta cabaran yang ditempuh dalam kehidupan, seterusnya memberi sumbangan bermakna kepada dunia.

Kejayaan diukur apabila kita 'mempunyai tujuan dan kehidupan yang bermakna', dan apabila kita 'mempunyai keberanian untuk mengambil risiko dan belajar daripada kegagalan'. Kedalaman sebuah kejayaan adalah mencari kepuasan dalam sesuatu yang lebih besar daripada diri atau aset yang ada.

“If you get to my age in life and nobody thinks well of you, I don’t care how big your bank account is, your life is a disaster,” ~Warren Buffet~

Kejayaan sebenar dicapai melalui penerokaan ilmu pengetahuan untuk kehidupan bagi membina pemahaman, dan karakter. Dengan perkembangan kualiti diri melalui penerokaan ilmu, kita boleh mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi dan lebih bermakna serta berkekalan.

Ukuran sebenar kejayaan ialah kekuatan hubungan kita, kesan tindakan kita, dan kesediaan kita untuk mengejar pengalaman yang bermakna.


Berani mengambil risiko dan mendorong diri kita mencapai had untuk mengejar apa yang kita percaya. Apabila kita mengukur diri kita secara mendalam, kita boleh menghargai perjalanan dan menuai hasil daripada usaha kita.

“Life’s too short to waste your time doing things that don’t light your fire. If you don’t enjoy what you’re doing or aren’t having a lot of fun — despite the fact that you’re making a lot of money or rubbing shoulders with the rich and famous — then it’s time to move on to something that does make you happy.” ~ Richard Branson ~

Richard Branson menyimpulkan , “Hidup ini terlalu singkat untuk kita membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak dapat menyalakan api atau semangat diri. Jika kita tidak menikmati apa yang kita lakukan atau tidak seronok dengan proses kehidupan — walaupun pada hakikatnya kita menerima pendapatan yang lumayan atau berpeluang bergaul dengan orang kaya dan terkenal — maka sudah tiba masanya untuk beralih kepada sesuatu yang akan menggembirakan kita.”

#cikguainul

Post a Comment

0 Comments