Bias dalam mendidik? Wujudkah?

Cikgu...Cikgu! Nanti Cikgu post kat fb gambar  kita ramai2 tadi tu tau. 

Hakikatnya yang mengingatkan cikgu ni pun tak da account fb. 😅

Anak2 istimewa cikgu kat sekolah ni bukan sikit. Ni pun belum lagi 1/5 daripada semua. Setiap daripada mereka ada bakat & kelebihan tersendiri. Mereka juga sama seperti yang lain, mengharapkan kelebihan mereka disedari & dihargai. Sebagai guru Pendidikan Khas yang mengajar murid pelbagai kategori dan kefungsian, antara perkara yg saya risau adalah wujudnya potensi bias dlm mendidik anak-anak ini.


Bias tak semestinya dilihat dari segi layanan saja. Cthnya, hanya beberapa org murid kefungsian tinggi, berkemahiran dan rapat dgn cikgu je dibawa jalan2, makan2. Ini bias yg yang sering berlaku, tak kira kpd guru pendidikan khas @ guru yg lain. Self reminder untuk diri sendiri jugak ni 🤭. 


Sebenarnya, tanpa disedari, satu lagi bias berpotensi dihadapi oleh seorang guru pendidikan khas adalah 'Low expectations bias'. Guru mungkin mempunyai jangkaan yang lebih rendah terhadap murid, yang boleh mengehadkan peluang mereka untuk mencapai potensi penuh. Untuk mengelakkan wujudnya bias ni, jangkaan yg tinggi tetapi realistik perlu ditetapkan dengan menfokuskan kepada kekuatan dan kebolehan murid2 ini, dan bukan kepada kekurangan mereka. Disebabkan ini jugalah, Rancangan Pengajaran Individu (RPI) itu penting bagi setiap murid untuk mengenalpasti kekuatan menetapkan objektif sesuai dengan keperluan dan potensi setiap murid. 


Kurikulum yang kurang sesuai dengan keperluan MBPK juga mampu mewujudkan potensi bias dan menyebabkan mereka ketinggalan. Oleh itu, kurikulum seperti ni perlu diadaptasi melalui penggunaan kaedah pengajaran menggunakan pendekatan terbeza dan bahan pengajaran yang pelbagai. Pengintegrasian teknologi digital dalam PdP sgt membantu saya bagi mengatasi potensi bias ini. 


Alhamdulillah, dengan perlaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah dan Menengah yang diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, bias dari segi penilaian dapat diatasi. Kini, pentaksiran yang dilaksanakan melibatkan MBPK telah mengambil kira potensi serta kemampuan mereka secara menyeluruh dan memberi gambaran yang lebih tepat tentang kebolehan anak-anak ini. 


Kesimpulannya, mengatasi bias dalam mendidik MBPK ini adalah penting untuk memastikan semua murid mempunyai peluang yang sama rata untuk memperkembangkan bakat dan potensi mereka. 


"Fair treatment means recognizing each individual's unique strengths, not their limitations. Erase the bias, embrace the ability."


#cikguainul

#sayacikgupendidikankhas

Post a Comment

0 Comments