MANTAP MALAYSIA BERSAMA AI A GOOGLE FOR MALAYSIA EVENT



Alhamdulillah, syukur kerana diberikan peluang yang luar biasa untuk berkongsi bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim, mengenai penggunaan Gemini AI dalam membantu guru-guru Pendidikan Khas membina Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Peluang ini diberikan oleh Google Malaysia semasa Majlis Mantap Malaysia bersama AI pada hari ini.






Dalam majlis ini, Google turut mengumumkan pelaburan besar pembinaan pusat data pertama dan Google Cloud Region di Malaysia, dengan nilai pelaburan sebanyak USD$2 bilion. Inisiatif ini menunjukkan keyakinan Google terhadap potensi Malaysia dalam dunia digital dan turut memberi kesan positif kepada pendidikan inklusif. Dengan adanya teknologi digital seperti Gemini AI, masa depan pendidikan khas juga menjadi lebih cerah. InsyaAllah.









Rasa sangat bertuah dapat bertemu dengan berkongsi pengalaman di hadapan barisan kehormat Menteri-menteri, kepimpinan tertinggi Google seperti Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, serta staf Google, BSTP, KPM, dan berpeluang juga bertemu dengan rakan-rakan GPGD Google yang lain. 









Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Stephanie Yap Su Chen , Pn Judy, Pn Azrina dan Pn Fairuz dari Google Education Malaysia atas peluang yg diberikan dan turut membantu serta memudahkan urusan saya untuk pembentangan bersama YAB Perdana Menteri hari ni. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya akan diberi kesempatan sebegini, apatah lagi untuk bersemuka dan membentangkan pengalaman saya kepada seorang Perdana Menteri, sosok yang dikagumi sejak zaman kanak-kanak lagi. Ini sememangnya satu kenangan yang tak akan dapat dilupakan.















Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru, Aina Nasuha , murid-murid saya yg turut bersama pada hari ni, serta ibu bapa mereka yang memberi sokongan padu. Tak lupa, buat suami Mohd Shahidi Ismail dan anak-anak tersayang yang sabar melayan kerenah saya sepanjang  alami anxiety teruk beberapa hari sebelum majlis ni.😅 

Last but not least, terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya dalam bidang ini. Bersama-sama kita terus maju ke hadapan untuk membina masa depan digital yang lebih cerah!

#GoogleMalaysia #GeminiAI #MantapMalaysia #PendidikanKhas


Post a Comment

0 Comments