Berikut ialah apa yang perlu anda ketahui apabila menggunakan kad Wise untuk withdraw wang di ATM di luar negara.
1. Adakah anda akan dikenakan charge apabila mengeluarkan wang di ATM luar Negara?
Anda mempunyai 2 pengeluaran percuma setiap bulan — selagi anda tidak mengeluarkan lebih daripada 1,000 MYR. Bermaksud, anda boleh membuat pengeluaran 2 kali dalam sebulan dengan kadar 1,000 MYR setiap kali pengeluaran. Total pengeluaran PERCUMA dalam sebulan yang boleh dikeluarkan adalah 2,000 MYR. (Malaysian)
Tetapi anda akan dikenakan caj 1.75% untuk sebarang jumlah yang dikeluarkan jika pengeluaran dibuat melebihi 1,000 MYR untuk setiap kali pengeluaran.
Dan selepas 2 kali pengeluaran percuma, caj sebanyak 5 MYR dikenakan untuk setiap pengeluaran.
|
Aplikasi Wise telah menyediakan panduan supaya anda dapat menjejak jumlah pengeluaran anda di ATM. Caranya, Buka Aplikasi Wise, Klik menu 'card', klik menu 'Limit', klik menu 'ATM limit' dan klik link biru di bahagian bawah sekali yang bertulis 'ATM Fees'. Paparan seperti di atas ini akan kelihatan. |
2. Sentiasa pastikan pengeluaran Wang di ATM dibuat dalam mata wang tempatan iaitu tempat yang dikunjungi.
Jika ATM meminta anda memilih mata wang untuk dikenakan caj, pilih mata wang tempatan negara tempat anda berada. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan caj tambahan.
Sebagai contoh: Jika anda mengunjungi Negara Turkiye, dan jika ATM Turkiye bertanya sama ada anda mahu dicaj dalam TRY (Matawang Turkiye), katakan tidak. Jangan biarkan mesin melakukan penukaran mata wang anda.
Inilah sebab mengapa anda tidak sepatutnya membenarkan ATM melakukan penukaran untuk anda:
ATM negara luar sering menyebut perkara yang baik seperti: ATM ini menawarkan penukaran kepada mata wang negara anda.
Nampak mcm baik dan murah hati. Kononnya akan memudahkan anda membuat penukaran terus ke matawang anda. Hakikatnya, ada udang di sebalik mee.
Sebenarnya, membayar dalam mata wang negara anda dikenakan charge tersembunyi.
Ia ibarat satu SCAM yang menggunakan nama Dinamic Currency Conversion (DCC) . DCC bermakna anda meminta bank ATM asing untuk membuat kadar pertukaran untuk anda.
Ini bukan perkhidmatan yang baik hati. Ia adalah sesuatu yang digunakan oleh bank untuk mengambil lebih banyak wang anda tanpa anda ketahui.
|
CONTOH paparan di ATM luar Negara apabila seorang pengguna dari UK yang menggunakan Matawang GBP ingin mengeluarkan wang di ATM Barcelona yang menggunakan Matawang EUR. Sekiranya paparan seperti ini keluar, pastikan anda memilih 'NO' supaya anda tidak dikenakan charge tambahan untuk pertukaran matawang oleh ATM.
|
Contoh pengiraan untuk anda lebih faham.
Sekiranya saya dari negara UK ingin mengeluarkan wang sebanyak 20.00 EUR (Matawang UK) di ATM Barcelona yang menggunakan Matawang GBP. (Rujuk gambar di atas)
Kadar sebenar pertukaran wang (Google): 20.00 EUR sepatutnya bersamaan 15.79 GBP.
Pilihan 1: Jika saya mengeluarkan wang dengan Matawang GBP Negara saya.
Kadar pertukaran oleh ATM
20.00 EUR = 16.75 GBP
Perbezaan dengan kadar sebenar: 0.96 GBP (6.1%)
Pilihan 2: Jika saya mengeluarkan wang dengan Matawang EUR mengikut Negara tempatan yang dikunjungi iaitu Barcelona.
Kadar pertukaran oleh ATM
20.00 EUR = 16.44 GBP
Perbezaan (iaitu bayaran sebenar yang dikenakan): 0.65 GBP (4.1%)
MORAL CERITA:
Sentiasa ingat peraturan mudah itu pilih untuk dicaj dalam mata wang tempatan negara anda berada dan jangan biarkan ATM melakukan penukaran anda untuk anda.
3. Charge yang dikenakan oleh ATM luar Negara jika pengeluaran dibuat menggunakan matawang tempatan negara yang dikunjungi.
Anda akan dikenakan charge yang sama dengan orang tempatan (negara yang dikunjungi.) Tiada charge tambahan oleh bank.
Walau bagaimanapun, beberapa ATM mengenakan yuran mereka sendiri. Jika anda melihat sebarang caj tambahan, anda mempunyai pilihan untuk membatalkan dan menggunakan ATM lain.
4. Adakah anda perlu convert dulu matawang di aplikasi sebelum mengeluarkan wang di ATM?
Sebaiknya anda convert dulu ke matawang negara yang anda kunjung sebelum membuat pengeluaran di ATM.
Tetapi untuk menggunakan kad Wise bagi berbelanja, anda tak perlu convert terlebih dahulu kerana ia akan convert secara automatik.
5. Bagaimana untuk withdraw wang di ATM jika Matawang Negara yang dikunjungi tiada dalam aplikasi?
Anda masih boleh withdraw wang dari ATM atau berbelanja menggunakan Wise card. Cuma, Wise akan mengenakan charge tambahan walaupun pengeluaran kurang dari 1,000 MYR.
6. Bolehkah anda tetapkan had pengeluaran menggunakan kad Wise di ATM luar Negara?
Ya, anda boleh tetapkan had pengeluaran melalui tetapan yang ada di aplikasi.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh tinggalkan Komen di ruangan Komen. Boleh juga rujuk video di YouTube saya:
https://youtu.be/Y6GIFLgbBV0?si=kSMqPDeAfbhhNyN_
BERMINAT UNTUK MENGGUNAKAN WISE CARD YANG PASTINYA MEMUDAHKAN PERBELANJAAN DI LUAR NEGARA? Klik link 🔗 di bawah ini untuk dapatkan Wise Card anda.
0 Comments