Family Trip to Japan
Day 1 & 2
20/1/2025
KL ➡️ MANILA ➡️ OSAKA
21/1/2025
NAMBA PARK ➡️ DOTONBURI ➡️ SHINSAIBASHI
Alhamdulillah. Family trip kami ke Jepun tahun ni ditaja sepenuhnya oleh suamiku.😁 Terima kasih dan semoga bertambah lagi rezeki suamiku ❤️. Sebelum storage phone penuh dengan lebih banyak lagi gambar, maka upload dulu mana yg ada sbg kenangan. Bukan senang nak dpt ke cni lagi.
Dengan pengalaman suami saya yg pernah travel ke Jepun sebelum ni, maka kami memilih untuk travel tanpa menggunakan pakej kali ni. Kami memilih Penerbangan Cebu Pacific dari KLIA, transit selama 8 jam di Manila dan barulah terus ke Kansai Airport, Osaka. Perjalanan yg panjang sebenarnya dan agak memenatkan. Tak lari jugak dengan drama berdepan dgn imigresen di Manila Airport.😅 Bukan senang ye nak melancong masuk ke negara orang ni. Nak kena siap sedia mental fizikal utk hadap segala kemungkinan. At least kali ni luggage kami tak hilang mcm trip ke Turkiye sebelum ni 😆.
Tips Travel 💡:
Pastikan dah daftar eTravel Philippines sebelum masuk ke Philippines. Link: https://etravel.gov.ph/signin
Pastikan juga dah daftar eTravel Jepun Di visitJapan web ye! Link: https://www.vjw.digital.go.jp/main/
Jangan lupa simpan QR code.
Apapun, syukur selamat jugak menjejakkan kaki ke Jepun. Tercapai impian sejak kecik dulu nak melawat negara 'Oshin'. (Hanya yg lahir tahun sebelum 90an je yg tahu drama bersiri Jepun ratusan episod ni). Airbnb kami di Namba sangat strategik, walking distance dgn banyak tempat2 menarik. So, jimat kos Pengangkutan. Nak share sedikit maklumat tentang tempat yg kami kunjungi pada hari pertama di Osaka, Jepun.
=================================
🌸 Jalan-Jalan Osaka: Namba Park ➡️ Dotonburi ➡️ Shinsaibashi 🌸
Kalau ke Osaka, tiga tempat ini memang wajib masuk dalam itinerary! Jom saya kongsikan serba sedikit tentang tempat-tempat menarik ini:
📍 Namba Park
Bayangkan taman hijau yang terletak di tengah-tengah bandar Osaka, siap dengan reka bentuk unik yang bertingkat seperti gunung. Namba Park bukan sekadar taman – ia juga ada pusat beli-belah, restoran, dan kafe menarik. Kalau nak rehat sambil hirup udara segar selepas berjalan jauh, inilah tempat yang sesuai! Jangan lupa tangkap gambar cantik sebab seni bina kat sini memang luar biasa!
📍 Dotonburi
Haa, ni dia tempat yang paling ikonik di Osaka! Dotonburi terkenal dengan suasana malam yang meriah, penuh dengan papan tanda neon besar, termasuk si "Glico Running Man" yang mesti bergambar sekali. Selain tu, syurga makanan jalanan ada kat sini – nak makan takoyaki panas, okonomiyaki, atau sushi fresh? Semua ada! Nak cari yg halal, boleh refer cni:https://www.halalfoodinjapan.com/restaurant/Osaka/AREAL3142/. Masa malam, suasana kat sini lagi happening dengan lampu-lampu dan bunyi orang ramai.
📍 Shinsaibashi
Lepas kenyang makan kat Dotonburi, boleh terus ke Shinsaibashi untuk shopping pula! Kawasan ni ada segalanya – dari butik-butik mewah sampai ke kedai-kedai kecil yang jual barangan tempatan. Nak cari cenderamata atau barang fesyen Jepun terkini? Memang tempat ni takkan mengecewakan. Harga pakaian di Uniqlo kat cni pun jauh lagi murah dari di Malaysia. Ya lah...Uniqlo kan dari Jepun. Tambah lagi barangan dan makanan di kebanyakan tempat di Jepun ni bebas cukai kepada pelancong asing. Tapi di Uniqlo, pastikan bawa passport ye kalau nak dapat potongan tambahan lagi sebanyak 10%. Tak kurang di GU shopping mall kat cni. Banyak yang murah & pastinya berkualiti. Jalan-jalan dalam lorong yang panjang ni, confirm banyak barang yang buat kita rambang mata!
✨ Tips:
- Kalau nak explore ketiga-tiga tempat ni dalam satu hari, pastikan pakai kasut yang selesa sebab banyak berjalan. Jangan lupa cuba makanan tempatan (pilih yg halal bagi Muslim) dan nikmati vibe Osaka yang tak sama dengan tempat lain!
- Bawa cash lebih. Tak semua tempat boleh terima kad.
- Heattech jangan lupa pakai kalau ke cni musim sejuk. Suhu di Bulan Januari ni lebih bawah 10 darjah.
#JalanJalanOsaka #NambaPark #Dotonburi #Shinsaibashi #TravelDiary #triptojapan
#simpansinibuatkenan
gan
To be continued...
つづく...
0 Comments