Jalan-Jalan Cari Makan Halal di Osaka & Kyoto Jepun

 📍🥢✨ Kuromon Market ✨🥢


Kalau singgah Osaka, Kuromon Market memang tak boleh lepas! Walaupun pasar ni penuh dengan makanan Jepun, kita yang Muslim pun masih boleh enjoy makanan halal kat sini. Apa yang best?


✅ Makanan Laut Segar – Udang, sotong, tiram, ikan bakar, sampai king crab dan lobster pun ada. Semua fresh, dimasak depan mata. Cuma harganya faham-faham je la. Makanan fresh dah tentu la mahal kan... 🦀🦞









✅ Buah-Buahan Jepun – Kat sini ada buah-buahan manis dan segar macam tembikai, strawberi, anggur. Memang tak boleh lawan kualiti buah Jepun! 🍓🍉





✅ Manisan Jepun – Nak cari gula-gula atau manisan Jepun yang simple dan halal? Banyak juga pilihan kat sini. Nak confirmkan sesuatu produk tu halal atau tak, boleh install app 'Verify Halal' atau 'Halal Japan' utk scan produk yang nak dibeli. 


📌 Tips Muslim-Friendly:


💡Fokus pada makanan laut, buah-buahan, dan manisan.

💡Kalau tak pasti halal ke tak, boleh tanya penjual (guna "Halal desu ka?").

💡Jalan-jalan santai je, tapi bawa tunai sebab kebanyakan kedai tak terima kad.


Kuromon Market ni bukan sekadar tempat makan, tapi tempat nak rasa vibe Jepun yang penuh dengan budaya dan makanan sedap. Datanglah awal pagi, baru tak sesak!



📍🍜✨Wagyu Gyumon Ramen Halal: Dotonburi, Osaka & Wagyu Gyumon Ramen Halal, Kyoto ✨🍜


Salah satu tempat makan halal yang wajib dikunjungi di Osaka & Kyoto adalah Gyumon Halal Wagyu Ramen yang mempunyai dua cawangan iaitu di Dotonbori, Osaka & di Gion, Kyoto. Tempat ni memang kecik terutama di Dotonbori. Tak ramai yang dapat masuk. So berbaris menunggu giliran tu adalah harus. Satu pengalaman yang cukup menarik kerana restoran ni memisahkan bahagian untuk Muslim di tingkat atas. Dapur pun diasingkan dari dapur untuk non muslim di bahagian bawah. Jadi dari segi mencari port makan halal, rasa lebih selamat untuk makan di sini.





Paling best, ramen yang disajikan menggunakan wagyu halal, memang sangat sedap! Daging wagyu yang lembut dan penuh rasa, ditambah dengan kuah ramen yang pekat, memang terbaik. Actually, first time jugak makan Wagyu beef 🤭. Kalau korang suka pedas, ada 7 level kepedasan. Lagi pedas, lagi sedap. Tapi jujur, level 1 pun dah cukup pedas! 😅







Harga makanannya agak tinggi, satu mangkuk Wagyu Ramen sekitar 2000-3000 yen, tapi wagyu yang digunakan memang berbaloi. Kalau dibandingkan dengan wagyu di Malaysia, harga kat sini jauh lebih murah. Selain tu, tempat ni juga ada disediakan ruang solat, jadi sangat convenient untuk Muslims.



Yang seronoknya, kat sini juga kami berpeluang bertemu dengan geng-geng Muslim dari Malaysia yang lain. Satu pengalaman makan yang sangat berbaloi dan takkan dilupakan. Kalau ke Osaka & Kyoto, jangan lupa singgah ke Gyumon Halal Wagyu Ramen ni!


Maps Direction:

📍Dontonburi Wagyu Gyumon Ramen Halal 

📍Kyoto Wagyu Gyumon Ramen Halal 



📍Honolu Ramen Halal, Osaka – Ramen Pekat Berempah yang Padu! 🍜🔥


Kalau korang cari ramen halal di Osaka, jangan lupa singgah Honolu Ramen Halal kat Namba! Kedai ni memang terkenal dengan sup ramen yang pekat, berperisa, dan cukup memuaskan. Bukan jenis sup cair tau—ini memang ‘kaw’! 😍

Pekerja perempuan di sini berhijab dan berasal dari Indonesia. 







Apa yang best kat sini?

🔥 Tori Paitan Ramen – Ini signature mereka! Kuahnya dari rebusan ayam, pekat berlemak, dan rasa dia creamy habis. Bila hirup, memang rasa comfort food sangat! 🍜

🔥 Spicy Ramen – Kalau korang suka pedas, try ni. Ada tahap kepedasan, so boleh pilih ikut ketahanan lidah masing-masing. 🌶️



🔥 Gyoza & Karaage Halal – Tak lengkap kalau tak order gyoza rangup dan ayam goreng karaage mereka. Serius sedap!


🔥 Okonimiyaki – penuh dengan sayur, daging, dan topping mayonis khas Jepun. 🥢



📍 Lokasi: Dekat dengan Namba Station, jalan kaki sikit je dah sampai.

Halal Ramen Honolu Osaka Namba

+81 6-6634-2122

 https://g.co/kgs/yg7km1B


Waktu Operasi: Biasanya buka dari tengah hari sampai malam (better check sebelum pergi).

💰 Harga: Sekitar ¥1,000 – ¥1,500 untuk semangkuk ramen besar (berbaloi dengan portion dan rasa!).


Tips kalau nak ke sini:

✔️ Datang awal atau elak peak hour – Kedai ni famous, so selalu ada queue panjang.

✔️ Cash & card accepted – Tapi standby cash, just in case.

✔️ Try set meal – Lebih jimat kalau order set ramen + side dish.

✔️ Sabar tunggu – Semua makanan disediakan fresh, jadi kena tunggu sikit.


So, kalau rindu ramen masa travel ke Osaka, Honolu Ramen Halal memang tempat wajib! Pernah try? Jom share pengalaman korang! 😋


#MakananHalalJepun #Osaka #Kyoto

FoodHunt #RamenHalal



Post a Comment

0 Comments